BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 15, 2011

............

tatkala hati berbisik cinta
nota-nota cinta mula menyusun nada
aku jua manusia biasa
miliki perasaan cinta

namun, pohon kemaafan buat si dia
yang hadir merisik cinta
huluran perkenalan membisu
diam tanpa kata

hati ini menginginkan kamu
aku jua mendambarkan cinta
mengharapkan kata-kata cinta darimu
namun,cinta perlu hadir bersama keredhaanNYA

andai cinta ini berlandaskan nafsu semata
biarkan ia berlalu pergi
sesungguhnya mencari dan menerima
cinta yang halal itu lebih afdhal

Saturday, March 26, 2011

jawapan cinta


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa

Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta.

....................................................
p/s:anda bercinta, menyulam kasih dan janji setia..
      sedalam mana pun cinta anda terhadap pasangan anda..
      dia tidak pasti lagi tercipta untuk anda..
      selagi tiada ijab dan qabul..
      dia bukan lagi cinta yang halal buat anda..
     jodoh yg ditetapkan oleh ALLAH itu akan menjawab persoalan cinta manusia.
     bukan bermaksud menolak cinta..
     tetapi hayatilah cinta yang halal buat kita..
     (fahami nilai cinta secara rasional berlandaskan syariat islam)

wanita

ciri-ciri wanita solehah.
1.wanita yg menyejukkan hati mata yang memandang (meinsafkan dan menundukkan nafsu yg bergoncang)
2.muslimah yang bukan dinilai kecantikan rupa tp dari kecantikan&ketulusan hati yang tersembunyi
3. muslimah yang menutupi auratnya
4.tidak melunakkan dalam berbicara tetapi ucapkan kata-kata yang baik (yakni sopan)
5.mempertahankan kehormatan melalui apa yg dipakai
6.bukan dilihat berdasarkan besarnya ujian yg dijalani tp dilihat dari segi sejauhmana mereka menghadapi     ujian
7. menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan
8.bukan dilihat dari segi mesranya mereka bergaul tp dilihat sejauh mana mereka menjaga kehormatan dlm pergaulan.
%wanita yang boleh memilih untuk memasuki mana-mana pintu syurga ialah%:
-menunaikan solat
-berpuasa di bulan ramadhan
-menjaga kehormatan
-mentaati suami
(setiap wanita boleh menjadi wanita solehah)

ramai wanita memiliki ciri-ciri wanita solehah tetapi bukan secara keseluruhan. wanita solehah bukan hanya dinilai melalui sejauhmana mereka berusaha menutupi auratnya semata-mata tetapi juga solehah dari segi menjaga ciri-ciri lain seperti yang tertera di atas. Ringkasnya, wanita solehah merangkumi penjagaan luaran seiring dengan perilakunya (yakni dalaman: menjaga tutur kata, menjaga nafsu, menjaga kehormatan, dll yang seumpama dgnya). adakah wanita itu dianggap solehah atau muslimah sejati seandainya menutupi auratnya namun, adakah aurat mereka mampu menginsafkan  dan menundukkan nafsu lelaki yg memandang? kerana pada masa yang sama mereka mengharapkan perhatian dari mata-mata lelaki bukan muhrim yang memandang, mereka sengaja melunakkan suara apabila berurusan dengan para lelaki dan yang paling merisaukan apabila mereka menggoda dan tergoda dan seterusnya terjerumus ke dalam cinta nafsu. kedengaran agak sumbang di situ, tapi begitulah hakikat dunia. solehah dari segi luaran  tetapi adakah kita turut solehah dari segi aspek dalaman?.."sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kamu kerjakan" dan "ALLAH jua yang maha bijaksana dalam menilai kecantikan dan keikhlasan wanita yang tersembunyi "
-wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah-

p/s: nukilan hari ini sekadar mencoretkan apa yang tersurat dan tersirat di ruang fikiran.
saya jua bukanlah wanita yang diklasifikasikan sebagai wanita solehah kerana masih banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki untuk mencapai ciri-ciri wanita solehah. coretan ini jua adalah peringatan buat saya yang tidak sempurna. semoga ALLAH memberi kita kekuatan dan petunjuk untuk menjadi wanita solehah di sisi ALLAH. amin...

Sunday, December 19, 2010

transformasi

hidup perlukan perubahan..perubahan ke arah positif. positif yang akan membawa kita kepadaNya..kita xmampu untuk menjadi manusia yang sempurna kerana kita punya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Manusia sewajarnya inginkan yang terbaik, tetapi untuk menjadi yang terbaik secara drastik dan seratus peratus terbaik agak sukar namun, tidak bermakna kita harus kekal di takuk lama. Oleh itu, berubahlah ke arah positif dari semasa ke semasa agar hidup kita lebih bermakna dengan melalui jalan yang diredhai Allah.Allah itu wujud, pembalasan itu pasti, syurga dan neraka itu bukan fantasi dan kita sebagai makluk ciptaan mengakuinya tetapi sejauhmana kita meletakkan hati,jiwa dan jasad kepadaNYA.
p/s: aku jua bukan menusia sempurna

Thursday, December 16, 2010

biarkan cinta itu berlalu

Ain sofea termenung sendirian di dataran nilai perdana..mengimbas kembali kenangan 10 tahun yang lalu..yang mengajar dia erti nilai sebuah cinta..di usia meniti remaja beliau pernah mengenali seorang lelaki yang bernama Fadzil. Fadzil merupakan teman sekuliahnya ketika masih menuntut di universiti utara malaysia,sintok,kedah, Dia sememangnya lelaki dambaan wanita kerana ketampanan dan sifat kesederhanaan yang dimiliki memukau setiap mata-mata yang memandang. Fadzil pernah meluahkan rasa cinta kepada ain sofea ketika memasuki semester 3 tahun kedua di uum setelah masing-masing mengenal hati budi dengan lebih dekat.."Ain, saya mencintai awak  untuk saya jadikan sebagai isteri.."kata-kata itu membuatkan ain mata ain mengalir pantas..hatinya sayu..terharu..kerana Fadzil hanya satu-satu nya lelaki yang meluahkan rasa cinta dengan tulus untuk membawa ikatan cinta yang termeterai ke era perkahwinan. Namun, dunia tetap harus akur ketentuan ALLAH..mencintai tidak semestinya memiliki dan mencintai jua tidak semestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan. Soal jodoh tetap urusan ALLAH..Ketika semester akhir, Ain sofea meinginkan kepastian daripada Fadzil untuk merealisasikan impian dan harapan mereka untuk mengekspresikan cinta ke gerbang perkahwinan yang halal dan dituntut dalam Islam. Namun, Fadzil terdiam seolah-olah menyembunyikan seribu rahsia di sebalik satu pertanyaan Ain Sofea yang mendambarkan satu jawapan yang pasti. Di saat itu, ain sofea mulai ragu akan perubahan Fadzil yang hanya mendiamkan diri. Tarikh 25/12/2001 akhirnya memberi jawapan yang membuatkan Ain Sofea mengalirkan air mata bukan kerana gembira seperti mana di saat menerima cinta Fadzil tetapi sebenarnya dia terluka..Penantian untuk menuntut janji kini hancur berderai seperti mata air matanya yang mengalir laju membasahi tudung coklat hadiah pemberian Fadzil pada perkenalan pertama mereka di Perpustakaan Sultanah Bahiyah. "Ain, maafkan saya..saya mencintai awak tetapi saya juga mencintai kedua ibu bapa saya..saya buntu, untuk menerima cinta awak bermakna saya terpaksa menolak cinta ibu bapa saya..saya keliru..awak cinta pertama saya..tiada wanita lain di hati ini.. tetapi ibu bapa saya jua cinta pertama semenjak saya lahir ke dunia"..Fadzil terdiam seketika dan menunjukkan wajah yang kian merah menahan sebak di kalbu. Ain Sofea  masih lagi termagu-magu memahami setiap baris kata-kata yang diluahkan oleh Fadzil beberapa minit yang lalu dan Fadzil kembali memberi penjelasan...kelihatan mata Fadzil mulai berkaca namun dia terus berkata-kata dengan tenang untuk merungkaikan segala yang terjadi"Ain, mama dan abah telah mencari calon isteri untuk saya sebelum sempat saya meluahkan cinta sebenar yang telah hadir di hati ini"..kata-kata itu seolah-olah menghiris hati Ain Sofea, namun dia cuba bersuara,"Fadzil, umi dan abah saya sudah mengenali awak semenjak awal pertemuan kita dan sehingga kini mereka merestui sekiranya awak bakal menjadi pasangan saya sehingga ke akhir hayat..saya meluahkan rasa cinta saya terhadap awak kepada mereka kerana saya ingin mereka mengenali awak seperti mana saya mengenali awak, dan saya mahu mereka belajar menerima awak seperti mana saya menerima awak dalam hidup saya..tapi awak menyerah sebelum bertindak...saya paham awak anak yang baik..taat..saya hormat pendirian awak untuk taat pada mama dan abah.tapi apa yang awak buat sebenarnya akan melukai hati awak sendiri..saya akan menerima keputusan awak dengan tenang walaupun kedua ibu bapa awak tetap tidak menerima saya sebagai bakal isteri setelah awak mengakui hati awak sudah dimiliki..masalahnya, awak menerima keputusan mama awak tanpa memaklumkan perkara yang sebenar.."....Ain Sofea terus berlalu pergi meninggalkan Fadzil yang terdiam tanpa sepatah kata..Semeser terakhir itu tetap diharungi walaupun hatinya benar-benar ingin pergi jauh untuk melupakan segala pahit yang mengubah dirinya menjadi insan yang sepi tanpa gelak tawa..Pada satu malam yang suram ditemani hujan yang membasahi bumi..Ain sofea bingkas bangun dari tidurnya untuk mengerjakan solat tahajud..untuk mendekatkan diri dengan ALLAH..untuk memohon keampunan atas kesilapan lalu dan untuk memohon ketenangan dariNya..Alhamduliillah, hatinya mulai merasai ketenangan anugerah ilahi..jiwanya pasrah untuk menerima ketentuan dariNya..Lantas sehelai kertas kosong dicapai dan dia mulai mencoretkan seutus surat untuk Fadzil "andainya suatu saat ALLAH membuka hati kedua ibu bapamu untuk menerimaku..datanglah kembali menjemputku..demi Dia yg mengusai arasy..aku akan setia menantimu jika tertulis dalam ketentuannya..aku hawa yang dicipta dari rusuk kirimu..Namun, jika kamu bukan bakal zaujuku(suamiku) dalam ketentuanNya..aku redha...."..Ain Sofea tersedar dari lamunan setelah suaminya Farish memanggil namanya berulang kali untuk turut serta menemani anak mereka Alesya yang berusia 3 tahun yang sedang berlari keanak-anakkan..Farish..ia itu jodohku yang pasti..Fadzil kini hanyalah kenangan lalu...



moral value of da story: mencintai xsemestinya memiliki..mencintai jua xsemestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan..kerana Allah penentu segalanya..kita hanya merancang..Allah menentukan...

Wednesday, December 15, 2010

uum

hmmm...da 2 thun aku menetap di hutan sintok...hutan pun hutan la...at least diberi peluang...masa mle2 sampai uum aku slalu je ade knflik dalaman...down tibe2...sensitif...ada je pkra yg bt aku rungsing...hmmm...sje je aku nk test thp tekanan kpl  otak aku nih..cm2 tu la alkisah mle2nye...bl da asyik pk negatif je...tu yg aku jd kemurungan tuh...heran member2 aku...romate aku "F" mmg nme sbnr prnh ckp kt aku "nik, awk slalu pk di luar jangkaan"...huhuhu...sentappppp...tapi tol gak kte2  dia..mungkin aku slalu pk negatif...tu yg jd xhapy...pastu mule la muka cm org thn kentut..hmm....F ni la satu2 nya romate aku dari sem 1 sampai skrg...arap2 smpai sem last la..sbb msing2 da tau prangai masing2...persamaan F ngn aku ni ialah "cpt letih"..hmmm.....F je tau mksudnya..hhahaha..tp sem ni nmpknye F xbpe letih sgt,...sbb F rjin kms blik...transformasi k....
bl da lme kt uum,sintok ni...aku mula rs hapy...sbb ditemani teman2 yg menghiburkan,mengambil berat di saat sdih n brkongsi kegembiraan...teman/shbt/kwn ni satu anugerahNYA...sbb kita akan rs hapyyyyy.....n xlonely..."N" ni jiran aku dpn blik....dulu dia paras dua tp skrg da duk paras satu same ngn aku...best la sbb memudahkan transaksi dari bilik ke blik..."N" mmg nmpk pendiam tp seorang pendengar yg bgus...