BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 26, 2011

jawapan cinta


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa

Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta.

....................................................
p/s:anda bercinta, menyulam kasih dan janji setia..
      sedalam mana pun cinta anda terhadap pasangan anda..
      dia tidak pasti lagi tercipta untuk anda..
      selagi tiada ijab dan qabul..
      dia bukan lagi cinta yang halal buat anda..
     jodoh yg ditetapkan oleh ALLAH itu akan menjawab persoalan cinta manusia.
     bukan bermaksud menolak cinta..
     tetapi hayatilah cinta yang halal buat kita..
     (fahami nilai cinta secara rasional berlandaskan syariat islam)

wanita

ciri-ciri wanita solehah.
1.wanita yg menyejukkan hati mata yang memandang (meinsafkan dan menundukkan nafsu yg bergoncang)
2.muslimah yang bukan dinilai kecantikan rupa tp dari kecantikan&ketulusan hati yang tersembunyi
3. muslimah yang menutupi auratnya
4.tidak melunakkan dalam berbicara tetapi ucapkan kata-kata yang baik (yakni sopan)
5.mempertahankan kehormatan melalui apa yg dipakai
6.bukan dilihat berdasarkan besarnya ujian yg dijalani tp dilihat dari segi sejauhmana mereka menghadapi     ujian
7. menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan
8.bukan dilihat dari segi mesranya mereka bergaul tp dilihat sejauh mana mereka menjaga kehormatan dlm pergaulan.
%wanita yang boleh memilih untuk memasuki mana-mana pintu syurga ialah%:
-menunaikan solat
-berpuasa di bulan ramadhan
-menjaga kehormatan
-mentaati suami
(setiap wanita boleh menjadi wanita solehah)

ramai wanita memiliki ciri-ciri wanita solehah tetapi bukan secara keseluruhan. wanita solehah bukan hanya dinilai melalui sejauhmana mereka berusaha menutupi auratnya semata-mata tetapi juga solehah dari segi menjaga ciri-ciri lain seperti yang tertera di atas. Ringkasnya, wanita solehah merangkumi penjagaan luaran seiring dengan perilakunya (yakni dalaman: menjaga tutur kata, menjaga nafsu, menjaga kehormatan, dll yang seumpama dgnya). adakah wanita itu dianggap solehah atau muslimah sejati seandainya menutupi auratnya namun, adakah aurat mereka mampu menginsafkan  dan menundukkan nafsu lelaki yg memandang? kerana pada masa yang sama mereka mengharapkan perhatian dari mata-mata lelaki bukan muhrim yang memandang, mereka sengaja melunakkan suara apabila berurusan dengan para lelaki dan yang paling merisaukan apabila mereka menggoda dan tergoda dan seterusnya terjerumus ke dalam cinta nafsu. kedengaran agak sumbang di situ, tapi begitulah hakikat dunia. solehah dari segi luaran  tetapi adakah kita turut solehah dari segi aspek dalaman?.."sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kamu kerjakan" dan "ALLAH jua yang maha bijaksana dalam menilai kecantikan dan keikhlasan wanita yang tersembunyi "
-wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah-

p/s: nukilan hari ini sekadar mencoretkan apa yang tersurat dan tersirat di ruang fikiran.
saya jua bukanlah wanita yang diklasifikasikan sebagai wanita solehah kerana masih banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki untuk mencapai ciri-ciri wanita solehah. coretan ini jua adalah peringatan buat saya yang tidak sempurna. semoga ALLAH memberi kita kekuatan dan petunjuk untuk menjadi wanita solehah di sisi ALLAH. amin...