BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 16, 2010

biarkan cinta itu berlalu

Ain sofea termenung sendirian di dataran nilai perdana..mengimbas kembali kenangan 10 tahun yang lalu..yang mengajar dia erti nilai sebuah cinta..di usia meniti remaja beliau pernah mengenali seorang lelaki yang bernama Fadzil. Fadzil merupakan teman sekuliahnya ketika masih menuntut di universiti utara malaysia,sintok,kedah, Dia sememangnya lelaki dambaan wanita kerana ketampanan dan sifat kesederhanaan yang dimiliki memukau setiap mata-mata yang memandang. Fadzil pernah meluahkan rasa cinta kepada ain sofea ketika memasuki semester 3 tahun kedua di uum setelah masing-masing mengenal hati budi dengan lebih dekat.."Ain, saya mencintai awak  untuk saya jadikan sebagai isteri.."kata-kata itu membuatkan ain mata ain mengalir pantas..hatinya sayu..terharu..kerana Fadzil hanya satu-satu nya lelaki yang meluahkan rasa cinta dengan tulus untuk membawa ikatan cinta yang termeterai ke era perkahwinan. Namun, dunia tetap harus akur ketentuan ALLAH..mencintai tidak semestinya memiliki dan mencintai jua tidak semestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan. Soal jodoh tetap urusan ALLAH..Ketika semester akhir, Ain sofea meinginkan kepastian daripada Fadzil untuk merealisasikan impian dan harapan mereka untuk mengekspresikan cinta ke gerbang perkahwinan yang halal dan dituntut dalam Islam. Namun, Fadzil terdiam seolah-olah menyembunyikan seribu rahsia di sebalik satu pertanyaan Ain Sofea yang mendambarkan satu jawapan yang pasti. Di saat itu, ain sofea mulai ragu akan perubahan Fadzil yang hanya mendiamkan diri. Tarikh 25/12/2001 akhirnya memberi jawapan yang membuatkan Ain Sofea mengalirkan air mata bukan kerana gembira seperti mana di saat menerima cinta Fadzil tetapi sebenarnya dia terluka..Penantian untuk menuntut janji kini hancur berderai seperti mata air matanya yang mengalir laju membasahi tudung coklat hadiah pemberian Fadzil pada perkenalan pertama mereka di Perpustakaan Sultanah Bahiyah. "Ain, maafkan saya..saya mencintai awak tetapi saya juga mencintai kedua ibu bapa saya..saya buntu, untuk menerima cinta awak bermakna saya terpaksa menolak cinta ibu bapa saya..saya keliru..awak cinta pertama saya..tiada wanita lain di hati ini.. tetapi ibu bapa saya jua cinta pertama semenjak saya lahir ke dunia"..Fadzil terdiam seketika dan menunjukkan wajah yang kian merah menahan sebak di kalbu. Ain Sofea  masih lagi termagu-magu memahami setiap baris kata-kata yang diluahkan oleh Fadzil beberapa minit yang lalu dan Fadzil kembali memberi penjelasan...kelihatan mata Fadzil mulai berkaca namun dia terus berkata-kata dengan tenang untuk merungkaikan segala yang terjadi"Ain, mama dan abah telah mencari calon isteri untuk saya sebelum sempat saya meluahkan cinta sebenar yang telah hadir di hati ini"..kata-kata itu seolah-olah menghiris hati Ain Sofea, namun dia cuba bersuara,"Fadzil, umi dan abah saya sudah mengenali awak semenjak awal pertemuan kita dan sehingga kini mereka merestui sekiranya awak bakal menjadi pasangan saya sehingga ke akhir hayat..saya meluahkan rasa cinta saya terhadap awak kepada mereka kerana saya ingin mereka mengenali awak seperti mana saya mengenali awak, dan saya mahu mereka belajar menerima awak seperti mana saya menerima awak dalam hidup saya..tapi awak menyerah sebelum bertindak...saya paham awak anak yang baik..taat..saya hormat pendirian awak untuk taat pada mama dan abah.tapi apa yang awak buat sebenarnya akan melukai hati awak sendiri..saya akan menerima keputusan awak dengan tenang walaupun kedua ibu bapa awak tetap tidak menerima saya sebagai bakal isteri setelah awak mengakui hati awak sudah dimiliki..masalahnya, awak menerima keputusan mama awak tanpa memaklumkan perkara yang sebenar.."....Ain Sofea terus berlalu pergi meninggalkan Fadzil yang terdiam tanpa sepatah kata..Semeser terakhir itu tetap diharungi walaupun hatinya benar-benar ingin pergi jauh untuk melupakan segala pahit yang mengubah dirinya menjadi insan yang sepi tanpa gelak tawa..Pada satu malam yang suram ditemani hujan yang membasahi bumi..Ain sofea bingkas bangun dari tidurnya untuk mengerjakan solat tahajud..untuk mendekatkan diri dengan ALLAH..untuk memohon keampunan atas kesilapan lalu dan untuk memohon ketenangan dariNya..Alhamduliillah, hatinya mulai merasai ketenangan anugerah ilahi..jiwanya pasrah untuk menerima ketentuan dariNya..Lantas sehelai kertas kosong dicapai dan dia mulai mencoretkan seutus surat untuk Fadzil "andainya suatu saat ALLAH membuka hati kedua ibu bapamu untuk menerimaku..datanglah kembali menjemputku..demi Dia yg mengusai arasy..aku akan setia menantimu jika tertulis dalam ketentuannya..aku hawa yang dicipta dari rusuk kirimu..Namun, jika kamu bukan bakal zaujuku(suamiku) dalam ketentuanNya..aku redha...."..Ain Sofea tersedar dari lamunan setelah suaminya Farish memanggil namanya berulang kali untuk turut serta menemani anak mereka Alesya yang berusia 3 tahun yang sedang berlari keanak-anakkan..Farish..ia itu jodohku yang pasti..Fadzil kini hanyalah kenangan lalu...



moral value of da story: mencintai xsemestinya memiliki..mencintai jua xsemestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan..kerana Allah penentu segalanya..kita hanya merancang..Allah menentukan...

0 comments: